Jan 22, 2009

Kisah Sepetang Di Ladang Buffalo (Kobau)

Kali ini, saya ingin membawa kisah yang sedikit berbeza (mungkin jauh...) dari soyakita. Baru-baru ini (lebih tepat lagi isnin lalu - 19 Januari 2009), saya telah berpeluang mengunjungi Ladang Kobau di Langkawi. Lebih istimewa, Syarikat Friendly Farms Sdn Bhd ini mengusahakan pembuatan keju Mozarella anak tempatan (Puan Yana), walaupun suami dia bukan orang 'sini', kira tempatan jugaklah tu.

Sebelum ini saya memang teruja membaca kisahnya di dada-dada akhbar dan internet. Namun sedikit malang, masa saya sampai ke lokasi, baru 30 minit selesai proses pembikinannya.

Meh kita tengok beberapa shoot di kawasan kejadian.







Boleh hubungi:
Puan Yana - 012 2400 395
Friendly Farms Sdn Bhd
Kg. Nyior Chabang, MukimBohor, Langkawi
friendlyfarmssdnbhd@yahoo.com

2 comments:

UMMI ANGGUN said...

salam, keju ni dah ada dijual di pasaran ke?kat kuala lumpur dah masuk ker?

Soya Kita said...

Salam,

Pertamanya, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog soyakita ni.

Berkenaan keju tu, saya sempat jugak menemuramah Puan Yana tu. Nampaknya buat masa ini, kapasiti yang dihasilkan sangat kecil.Kebetulan pada hari saya berkunjung ke sana ada sedikit lebihan yang boleh saya beli. Mereka buat masa inimemenuhi tempahan Hotel Four-Seasons di sana. Cadangan mereka akan membesarkan dan mempelbagaikan produk keju dan la ni sedang tunggu mesin baru untuk datang dari Itali.

Nampaknya kita di sini kena tunggu lagilah jawabnya.

Tempohari, keju Mozarella tu dijual dengan harga RM120 sekilo..

Penggemar soya ker..Kalau ada resepi yang lebih 'advance', mungkin dapat dikongsikan bersama.

Terima sekali lagi dan segala idea dan pertanyaan amat dialu-alukan...

Stk