Apr 28, 2009

Dah Lama Dah...

Salam buat semua,

Kalau dikira minggu ni, kiranya dah lama jugak soyakita tak buat produksi. Masalah penapis air di rumah ni masih gagal untuk diganti. Lama punye tu dah dibuang, walaupun sepatutnya, penggantinya kenalah ditemui terlebih dahulu.

Itulah, sampai naik merajuk makcik-makcik kat sekitar ni. Asyik bertanya kat anak, Walid tak buat ke kakak... Bila nak buat lagi ni dan pelbagai lagi asakan yang diterima oleh anak sulung kami ni.

InsyaAllah, kejap lagi, bila dah jumpa penapis yang sesuai (walhal punyelah banyak kat pasaran, soyakita akan beroperasi seperti sediakala.

Sebenarnya, yang kami tengah cari ialah acuan tauhu yang macam kat kedai/pasar tu (bila dah jadi tauhunya lah).

Ada sapa-sapa yang boleh bagi cadangan temapt untuk mendapatkannya. Kami memang kepingin bangat nak tempah nie...Tolong ye....

Me kasih.

Wassalam - Jumpo laie nanti.