Salam,
Semalam telah berlangsungnya demonstrasi memproses soya bagi penghasilan air soya,tauhufa dan tauhu buatan rumah di rumah soyakita. Memandangkan kapasiti yang agak terhad, jadi jemputan yang hadir juga kecil bilangannya.Dalam 5-6 orang termasuk cikgu dan tuan rumah kesemuanya yang memeriahkan projek kali ini. Sebenarnya, demo kali ini bagi memenuhi hajat sahabat soyakita, Ustaz Syawal yang amat berminat dengan produk ni.
Di samping itu, yang bertambah cerianya, program kali ini turut mengundang seorang Pakar Nasi Beriani dari Batu Pahat untuk menunjuk ajar cara-cara menyediakan/memasak nasi beriani ayam (memandangkan ramai yang takut makan kambing. Memang seronok.
Program tamat sekitar jam 4.30 petang selepas santak menjamu nasi beriani yang memang 'memberahikan...
Gambar-gambar akan menyusul nanti,kerana fotoman belum sempat mengirimkan keseluruhan aksi-aksi yang sempat dirakamkan semalam...
Sila layari http://ordinarypapa.blogspot.com/ untuk gambar2 yang ala2 meriah tu.
he..he..
Jumpa lagi nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment