Dec 2, 2008

Aksi Kursus Soya

Mari kita saksikan bersama-sama...

















Camne??...Berminat tak....

Nov 30, 2008

KURSUS SOYA

Salam Buat Semua,

Seperti yang dirancang, kami bertiga (se-ex-shah alam)telah menghadiri kursus Hasilan Soya pada 29 November 2008, Sabtu (semalam)yang dikelolakan oleh Chef Li, Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Walau bagaimanapun semalam, kursus dikendalikan oleh Chef Akmal.

Banyak ilmu yang kami timba dari sesi pada klai ini. Kelas bermula seawal 10.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.

Kesimpulannya, kepada peminat soya, datanglah ke kursus ini. Best.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.darultijary.com.my
atau telefon di 03-5511 2240

Sekian dulu..(Gambar-gambar kursus akan menyusul.tunggu...)

Nov 9, 2008

VIDEO BAIK PUNYE..

Salam,

Cuba layari link nie..

http://link.brightcove.com/services/player/bcpid1079049529?bclid=1118123302&bctid=1111450949

Menarik..

Nov 8, 2008

RESEPI LEPAS RAYA

Salam buat semua,

Syawal telahpun berlalu.
Bulan lepas dipenuhi dengan 'Rumah Terbuka' kengkawan. Jadi ada yang kami sempat menyediakan buah tangan untuk dibawa ketika bertandang. Beginilah rupanya...



- TAUHUFA MANGGALARA -

RESIPINYA:

A
- 1 LITER SOYA (CARA MENYEDIAKAN SOYA, SILA RUJUK 'ENTRY' SEBELUM NI YE..)
- 3.8 ml PERASA MANGGA
- 150 ml GULA PASIR
- 2 BIJI MANGGA DIPOTONG DADU (ATAU SUKA HATI)

B
- 5 ml GDL (GLUCONO DELTA LACTONE - BOLEH DI DAPATI DI KEDAI KEK)
- 5 ml TEPUNG JAGUNG
- 50 ml AIR (SEBAGAI PELARUT)

PADA BAHAGIAN A
- LARUTKAN PERASA MANGGA DI DALAM SOYA YANG MENDIDIH
- MASUKKAN JUGA GULA PASIR
- POTONGAN MANGGA DILETAKKAN TERLEBIH DAHULU DI DALAM BEKAS ACUAN YANG TERSEDIA
- MASUKKAN ADUNAN SOYA YANG TELAH MENDIDIH TADI KE DALAM ACUAN.
- SILA BUANG BUIH YANG TERHASIL DI PERMUKAAN ACUAN (JIKA ADA) UNTUK HASILAN TAUHUFA
YANG LEBIH CERIA

PADA BAHAGIAN B
- LARUTKAN GDL, TEPUNG JAGUNG DENGAN AIR TADI SEHINGGA SEBATI

BAHAGIAN AKHIR
- MASUKKAN BAHAGIAN B TADI KE DALAM BAHAGIAN A DAN KACAU PERLAHAN-LAHAN DAN BERHATI-
HATI. DALAM KIRAAN 7 PUSINGAN LAWAN ARAH JAM DAN BIARKAN IA SEJUK PADA SUHU BILIK
SELAMA LEBIH KURANG 1 JAM SEBELUM DISEJUKKAN DI DALAM PETI AIS.

- TAUHUFA BERPERISA INI AMAT SESUAI DIMAKAN SEJUK. BOLEH DICUBA DENGAN PELBAGAI
PERISA DAN BUAH-BUAHAN.(NAK CUBA PAKAI DURIAN..LAGI GANAS TU..HE..HE..)

UNTUK HASILAN YANG MEMUASKAN SUKATAN YANG BERTEPATAN HARUS DIGUNAKAN (MACAM BUAT KEK JUGAK NIE..HE..HE..)

BAGI YANG NAK CUBA-CUBA NAK TIDAK MEMPUNYAI SUDU BERPENYUKAT. 5 ml BERSAMAAN 4/5 SUDU BESAR(MAKNANYA TAK SAMPAI SESUDU BESAR..)


Sekian buat kali ini. Selamat bertauhufa..

Sep 30, 2008

SALAM EIDUL FITRI

Salam buat semua,

Di kesempatan ini,kami ingin memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan samada sedar ataupun sebaliknya.

Permintaan yang gagal kami penuhi, insyaAllah jika ada keizinan kami akan laksanakan. Mohon maaf banyak-banyak ye...

Ramadhan amat hampir meninggalkan kita. Moga berjumpa lagi hendaknya. Amiin.

Salam Eidul Fitri buat semua dan semoga senantiasa berbahagia dan diberkati oleh-Nya.

Amiin

Sep 20, 2008

TAUHU FA BERPERISA

Salam buat semua,

Sebelum ini pernah diwara-warakan, kami sedang membuat 'eksperimentasi' untuk memvariasikan tauhu fa 'soyakita'. Alhamdulillah, beginilah rupanya..


- Perisa pandan(ori), mangga, strawberi dan coklat -





- 'Special Edition' untuk Majlis Buka Puasa 'Potluck' pada 20 Sept 2008(hari ini) di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Perisa strawberi kali ini dipenuhi buah strawberi segar yang dibawa khas dari Cameron Highlands - Macam best je kan, he..he...

Resepinya: Nanti ye..(dah dua hutang dah nie...)

Wassalam

Sep 7, 2008

Statistik 'Ciput' Untuk Bulan Ogos 2008

Salam buat semua,

Selamat menjalani ibadah puasa.

Statistik bagi bulan Ogos nampaknya kurang memberangsangkan. Ini kerana jadual kerja yang agak padat ditambah keadaan kesihatan yang tidak terlalu mengizinkan untuk menghasilkan produk soya yang sering ditempah oleh rakan-rakan.

Mohom maaf banyak-banyak ye semua.

STATISTIK PENGELUARAN SOYAKITA BAGI TEMPOH
1-31 OGOS 2008

A. JUMLAH SOYA DIPROSES: 8 KILO
B. JUMLAH TAUHU : 168 KEPING
C. JUMLAH TAUHUFA : 8 LITER
D. JUMLAH AIR SOYA : 6 LITER


Untuk makluman semua, saya sedang membuat 'ujikaji' untuk membuat tauhufa dengan pelbagai perisa seperti coklat, strawberi dan mangga dengan terus mencampurkan sekali manisannya. Jadi, tunggu...

Wassalam.

Sep 1, 2008

AIR SOYA BUAT SENDIRI UNTUK BUKA PUASA

1 Ramadhan 1429 H

Salam buat semua,

Selamat datang Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini untuk semua ummat Islam.

Budaya kita orang Malaysia berbuka dengan pelbagai juadah yang tak terfikir di kepala akan terdapat di Bazaar Ramadhan. Sememangnya Ramadhan terlalu istimewa. Orang bukan Islam juga mendapat tempiasnya. Namun jangan sampai membazirlah ye.

Para penggemar Air Soya:

Di sini diturunkan resepi ringkas untuk menyediakannya sendiri:

Bahan-Bahan:

1.Kacang soya - suka hati sebenarnya nak berapa banyak - 250gram(1/4 kilo) boleh menghasilkan lebih kurang 2.5 liter air soya.Direndam selama 8-10 jam di dalam air bertapis(tak bertapis pun boleh sebenarnya), janji air bersih untuk diminum.

2. Daun pandan atau perisa pandan- ini untuk bagi mewangikan (menghilangkan sejenis bau kacang soya yang tak berapa enak).

3. Gula pasir atau gula batu

Cara Penyediaan:

1. Basuh dan bilas kacang soya bersih-bersih dan toskan. Kalau nak buang kulit dia pun boleh. Tak buang pun takpe.

2. Kisar kacang soya di dalam mesin pengisar(yang biasa kita kisar cili, bawang dll tu); sebelum tu cuci bersih-bersihlah ye bekas pengisar tu. Nanti ada bau dan rasa lainlah pulak. Untuk memudahkan, kisar sedikit kacang soya sebelum pengisaran kacang soya sebenar dilakukan.
- Sukatannya: satu cawan kacang soya (lebih kurang 250 ml)dikisar dengan 4 cawan air.
Jadi,1 bahagian kacang soya dikisar dengan 4 bahagian air. Kisar lama-lama sikit. Dalam masa seminit lebih kuranglah ye. Ini kerana kita ingin kisar sekali sahaja.

3. Kemudian tapis bahan kisaran tadi dengan menggunakan tapis teh kain (yang selalu mamak kat kedai kopi/restoran tu guna). Di pasaraya Mydin harga tapis kain ni dalam RM 1.40 sahaja. Hampas soya tadi boleh terus di buang atau bagi ayam atau haiwan pliharaan lain makan...

4. Sebelum memasak disyorkan agar sekali lagi air soya tadi ditapis bagi mendapatkan susu soya yang lebih 'best'.Masak air soya tadi sehingga mendidih. Jangan lupa masukkan beberapa helai daun pandan atau sedikit perasa pandan.Masa didihan tidak sampai 1/2 jam sebenarnya. Ia bergantung kepada berapa banyak air soya, jenis periuk dan kekuatan api semasa memasak. Yang penting sentiasa jaga dan kacaulah ye. Bila dah mengelegak kali pertama perlahankan api atau tutup terus api. Teruskan mengacau. Selepas beberapa ketika, besarkan atau hidupkan api semula. Kacau air soya tadi sehingga mendidih kali kedua baru ditutup terus api..

5. Sesudah itu masukkan gula pasir atau gula batu mengikut citara sendiri.
Jika mahu sejuk, sila biarkan dahulu pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Lebih mudah, masukkan sahaja air batu untuk sejukkan(ini pun ikut sukahati)

Kebiasannya bila disimpan sejuk, soya ini dapat bertahan lebih kurang 3 hari di dalam peti ais, sebelum ianya bertukar teksturnya (maknanya basilah tu...)

Selamat Mencuba dan jika ada kemusykilan atau ingin berkongsi cara lain menyediakan soya, emelkanlah kepada kami ye...)

Wassalam dan Selamat Berbuka...

Aug 13, 2008

Sedikit Fakta Soya

Salam Buat Semua,

Sedikit fakta menarik yang telah dikirimkan oleh Tuan Sheikh kita.

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.

Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik(HDL.

Wassalam

Aug 3, 2008

STATISTIK JULAI 2008

Salam buat penggemar produk soya semua. Di bawah ini dikemukakan statistik pengeluaran 'Soya Buatan Rumah' kami.

STATISTIK PENGELUARAN SOYAKITA BAGI TEMPOH
1-31 JULAI 2008

A. JUMLAH SOYA DIPROSES: 20 KILO
B. JUMLAH TAUHU : 372 KEPING*
C. JUMLAH TAUHUFA : 16.5 LITER
D. JUMLAH AIR SOYA : 18.9 LITER

* Sejumlah 4 liter air soya diperlukan bagi membuat 12 keping tauhu.

Jumpa laie nanti.

(Minta maaf, masih lagi belum berkesempatan mereka dan menyusun ayat yang sesuai bagi menerangkan gambar-gambar pemprosesan tauhu yang telah diposkan ke dalam blog ini sebelum ini)

Wassalam.

Jul 21, 2008

GAMBAR PROJEK TAUHU - CERITANYA AKAN MENYUSUL NANTI

Salam buat semua,

Di'perturun'kan gambar-gambar sebahagian besar proses pembuatan tauhu buatan rumah kami...







Jul 8, 2008

8 Julai 2008 - Selasa

Salam buat peminat soya semua,

Nampaknya rancangan kami(Poji dan Aku) untuk menghadiri kursus kelolaan Chef Li masih belum kesampaian. Rupanya kursus produk soya telah dijalankan pada bulan Jun lepas.

Kena tunggu yang akan datang dan belum ketahuan bilakah tarikhnya...
Sabarlah yo...

Jun 22, 2008

SUKATAN GLUCONO DELTA LACTONE - GDL UNTUK TAUHUFA

Salam,

Maklumbalas berguna dan idea yang bernas keluar daripada mulut Puan Hailen berhubung permasalahanku berhubung kes tauhufa tempohari. Beliau yang merupakan shifuku, mentorku dan kakak 'senior'ku mencadangkan aku memasukkan satu persatu secara berasingan GDL bagi mengentalkan tauhufa yang telah siap-siap ku agihkan ke dalam bekas-bekas kecil.

Akhirnya formula berikut terhasil:

JUMLAH/KUANTITI

AIR SOYA : GDL/TEPUNG JAGUNG : AIR(PELARUT GDL)


8 liter : 40 mililiter : 400 mililiter


4 liter : 20 mililiter : 200 mililiter


2 liter : 10 mililiter : 100 mililiter


1 liter : 5 mililiter : 50 mililiter

...begitulah selanjutnya dengan pecahan seperti di atas.

Bagi yang tiada sukatan sudu di atas, anggaran yang boleh digunakan ialah

5 mililiter bersamaan kurang sedikit daripada 1 sudu besar (kira-kira 3/4 atau 4/5 sudu besar). Maknanya, bila letak air atau GDL atau tepung jagung parasnya tidak sampai satu sudu besar lah ye.

...dan hasilnya, alhamdulillah seperti di bawah...

Jun 12, 2008

11 Jun 2008 - Rabu

Malam ni mencuba untuk buat tahufa dalam bekas-bekas kecil. Maknanya terus masukkan ke dalam bekas-bekas tersebut sebaik sahaja campuran GDL dimasukkan. Malangnya percubaan malam ni sedikit gagal.

Cuba tengok gambar dekat bawah ni...Camne ye..Boleh jadik macam nie


Mungkin soya dah sedikit sejuk apabila GDL dimasukkan. Kali ni, kandungan soya panas tu terus mengental sebaik sahaja GDL dimasukkan. Tak macam ujikaji sebelum nie...

Jun 11, 2008

10 Jun 2008 - Selasa




Hari ini, telah berlangsungnya Majlis Sarapan Bersama Pengarah.
Berkesempatan membawa tauhu goreng buat julung-julung kalinya dipersembahkan kepada orang ramai.

Depa buat tauhu sumbat.
Tema minum pagi pada kali ini ialah Ala Kampung...


Jun 6, 2008

Soya Kita Untuk Semua




















Assalamualaikum,

bermula dari kesedaran untuk mendapatkan yang halal dan berkat, maka inilah buah tangan dari kami untuk semua.


Dari suka-suka kepada produk yang boleh dinikmati semua iaitu Air Soya Panas, Tahufa dan Tahu.


Kalau sedap beritahu kawan, kalau ada kekurangan sila komen kepada kami di soyakita@gmail.com