Jun 22, 2008

SUKATAN GLUCONO DELTA LACTONE - GDL UNTUK TAUHUFA

Salam,

Maklumbalas berguna dan idea yang bernas keluar daripada mulut Puan Hailen berhubung permasalahanku berhubung kes tauhufa tempohari. Beliau yang merupakan shifuku, mentorku dan kakak 'senior'ku mencadangkan aku memasukkan satu persatu secara berasingan GDL bagi mengentalkan tauhufa yang telah siap-siap ku agihkan ke dalam bekas-bekas kecil.

Akhirnya formula berikut terhasil:

JUMLAH/KUANTITI

AIR SOYA : GDL/TEPUNG JAGUNG : AIR(PELARUT GDL)


8 liter : 40 mililiter : 400 mililiter


4 liter : 20 mililiter : 200 mililiter


2 liter : 10 mililiter : 100 mililiter


1 liter : 5 mililiter : 50 mililiter

...begitulah selanjutnya dengan pecahan seperti di atas.

Bagi yang tiada sukatan sudu di atas, anggaran yang boleh digunakan ialah

5 mililiter bersamaan kurang sedikit daripada 1 sudu besar (kira-kira 3/4 atau 4/5 sudu besar). Maknanya, bila letak air atau GDL atau tepung jagung parasnya tidak sampai satu sudu besar lah ye.

...dan hasilnya, alhamdulillah seperti di bawah...

6 comments:

Kak Hailen said...

Tahniah....sebab berjaya bereksperimen untuk mendapatkan taufufah yang 'perfect' Lepas ni boleh venture pulak untuk hasilkan taufu fah berperisa.....bayangkan awak jadi pioneer bagi taufu fah strawberi, anggur,oren, pandan, coklat,kiwi, dan mungkin taufu fah versi pedas, berempah, herba, wowww.. the posibilities are limitless. Tahniah. Bulan ramadhan nanti, boleh le bukak production line secara berterusan yea...!!!

Sheik said...

huih...aku tak paham sukatan tu...
kasik la sukatan air soya berapa cawan, GDL berapa sudu, tepung jagung berapa sudu dibancuh dalam berapa cawan air.... hu hu hu..

Soya Kita said...

Terima kasih bebanyak ye kakakku..
Camne Kak Hailen boleh terbaca idea tu..he..he..
Bunyinya sangatlah menarik..
me kasih sekali lagi dan teruslah menjadi penyokong kuat ye..
stk

Soya Kita said...

Tuan Sheik,

Nanti aku permudahkan lagi
Ni tengah carik masa untuk mula2 bagi resepi asas buat soya dulu.
amacam...
Tunggu...
stk

MuslimahChoice said...

wah!!! 1st, gambar ko kat profile memang kelas. 2nd, bila2 aku g kl aku akan bgtau ko dulu sebab nak merasa produk soya ko. Tak lama lagi, dah ada lori leh niaga kat Sepang lak...nanti aku promo2kan..
aku link blog ko kat blog aku yek...

Soya Kita said...

Salam utk semua dan terutamanya Muslimahchoice. Alamak, sapa nie.

Terima kasih bbyklah ye kerana turut mempromokan dan menggalakkan aktiviti soya-mensoya nie..

Me kasih...

Stk