Dec 19, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH

Salam Buat Semua Penggemar Soyakita,

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, 1431 Hijrah.
Semoga kita semua akan senantiasa diberkati oleh Allah s.w.t, dimurahkan rezeki yang halal, ditambahkan ilmu yang bermanfaat dan dipermudahkan segala urusan. Semoga segala dosa-dosa kita yang lepas-lepas diampuni.Amiin.

Semoga tahun ini juga,kita semua akan lebih produktif. Jangan lupa, jika ada sebarang info yang ingin dikongsi bersama, ianya amat dialua-alukan.

Untuk itu,selamat untuk semua dan jumpa lagi.

Wassalam

Nov 3, 2009

TALIAN BUFFALO @ EVERPRO

Salam buat semua,

Akhirnya ketemu jua nombor talian yang boleh dihubungi untuk bertanyakan perihal mesin ni, (Terima kasih ditujukan kepada Puan Afiza untuk info ni).
Ianya seperti di bawah:


Location Address Telephone
- Petaling Jaya SS2 No 15, Jalan SS2/64, Petaling Jaya, 47300 Selangor +6(03) 7877 2817

- Jalan Kuchai Lama 37-G, Jalan Kuchai Maju 1, Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur +6(03) 7981 0311

-Taman Maluri No 1, Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur +6(03) 9283 8910



In order to serve our customers better, Buffalo has also set up branch offices in major cities of Malaysia.

Location Address Telephone Fax
Headquarters No 47, Jalan Taming Dua, Taman Taming Jaya, Off Jalan Balakong, Sri Kembangan, 43300 Selangor, Malaysia +6(03) 8961 8833
+6(03) 8961 6633


Johor Branch 25, Jalan Indah 16/12, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia +6(07) 236 8197
+6(07) 237 8197


Ipoh Branch No 39, Jalan Medan Ipoh 6, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia +6(05) 545 7992
+6(05) 545 7992


Penang Branch No 40-G, Jalan Kampung Gajah, Seksyen 2, Taman Bagan Jermal, 12200 Butterworth, Penang, Malaysia +6(04) 323 5926
+6(04) 323 5924


Sabah Branch No 22, Lot 114, Block D, Ground Floor, Lorong Plaza Kingfisher 6, Plaza Kingfisher, Kuala Inanam Likas, 88450 Kota Kinabaru, Sabah, Malaysia +6(088) 434 728
+6(088) 434 728


Sarawak Branch Lot 557, Ground & First Floor, Permaisuri Road, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia +6(085) 420 384
+6(085) 420 384

Atau pun tuan-tuan boleh terus tengok melalui link kat bawah ni..

http://www.buffalo.com.my/

Mintak maaf Saudara Azizi, nampaknya di Kedah takdelah pulak store dia...
Mungkin terdekat Pulau Pinang atau Ipoh...

Jumpa lagi.

Wassalam

Oct 30, 2009

PROJEK RAMADHAN DAN OLE-OLE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Salam,

Walaupun dah lepas, saya masukkan jugak kat sini.

Air soya, tempahan kawan-kawan di pejabat

Tauhu Sumbat untuk majlis buka puasa


Tauhufa mangga dengan nata de coco special untuk ole-ole rumah terbuka hari raya

SALAM BUAT SEMUA

Salam,

Pertamanya, mohon maaf kepada semua peminat soyakita kerana amat lama tidak memasukkan sebarang berita dan info di sini. Masalah teknikal(sebab kurang IT savvy) sebenarnya. Segala pertanyaan yang sekian lama diajukan juga tak terjawab lagi.

Insyaallah, mungkin di sini saya cuba kongsi apa yang saya tahu.

Bagi sahabat kita yang bertanya tentang lokasi Buffalo kat Kedah tu, saya sebelum ini ada ambil nombor service center dia, tapi terhilang la pulak. Nanti, saya cuba dapatkan balik ye.

Kalau di Bangi, Kedai Bahan Kek dan Peralatan Memasak tu, Yummie namanya. Kalau tak silap sebaris dengan Kedai Sukan Al-Ikhlsan dan berhadapan dengan Masjid Bandar Baru Bangi yang dekat lampu isyarat tu..

Memang mesin tu saiz tu jer. Kalau yang masa kami pergi kursus (dalam entri sebelum ni) yang tu besar sikit, tapi kecik-kecik cili api boelh guna jugak untuk mass pro (bagi skala pasar malam dan kecil-kecilan...Cuma gantikan dengan baldi. Saya pernah buat dulu, masa dapat tempahan air soya untuk dalam 40 liter.

Sekian untuk kali ni. Insyaallah, jumpa lagi nanti..

Wassalam

Apr 28, 2009

Dah Lama Dah...

Salam buat semua,

Kalau dikira minggu ni, kiranya dah lama jugak soyakita tak buat produksi. Masalah penapis air di rumah ni masih gagal untuk diganti. Lama punye tu dah dibuang, walaupun sepatutnya, penggantinya kenalah ditemui terlebih dahulu.

Itulah, sampai naik merajuk makcik-makcik kat sekitar ni. Asyik bertanya kat anak, Walid tak buat ke kakak... Bila nak buat lagi ni dan pelbagai lagi asakan yang diterima oleh anak sulung kami ni.

InsyaAllah, kejap lagi, bila dah jumpa penapis yang sesuai (walhal punyelah banyak kat pasaran, soyakita akan beroperasi seperti sediakala.

Sebenarnya, yang kami tengah cari ialah acuan tauhu yang macam kat kedai/pasar tu (bila dah jadi tauhunya lah).

Ada sapa-sapa yang boleh bagi cadangan temapt untuk mendapatkannya. Kami memang kepingin bangat nak tempah nie...Tolong ye....

Me kasih.

Wassalam - Jumpo laie nanti.

Feb 10, 2009

Kursus Soya Ala Santai

Salam,

Semalam telah berlangsungnya demonstrasi memproses soya bagi penghasilan air soya,tauhufa dan tauhu buatan rumah di rumah soyakita. Memandangkan kapasiti yang agak terhad, jadi jemputan yang hadir juga kecil bilangannya.Dalam 5-6 orang termasuk cikgu dan tuan rumah kesemuanya yang memeriahkan projek kali ini. Sebenarnya, demo kali ini bagi memenuhi hajat sahabat soyakita, Ustaz Syawal yang amat berminat dengan produk ni.







Di samping itu, yang bertambah cerianya, program kali ini turut mengundang seorang Pakar Nasi Beriani dari Batu Pahat untuk menunjuk ajar cara-cara menyediakan/memasak nasi beriani ayam (memandangkan ramai yang takut makan kambing. Memang seronok.














Program tamat sekitar jam 4.30 petang selepas santak menjamu nasi beriani yang memang 'memberahikan...

Gambar-gambar akan menyusul nanti,kerana fotoman belum sempat mengirimkan keseluruhan aksi-aksi yang sempat dirakamkan semalam...

Sila layari http://ordinarypapa.blogspot.com/ untuk gambar2 yang ala2 meriah tu.
he..he..

Jumpa lagi nanti...

Jan 22, 2009

Kisah Sepetang Di Ladang Buffalo (Kobau)

Kali ini, saya ingin membawa kisah yang sedikit berbeza (mungkin jauh...) dari soyakita. Baru-baru ini (lebih tepat lagi isnin lalu - 19 Januari 2009), saya telah berpeluang mengunjungi Ladang Kobau di Langkawi. Lebih istimewa, Syarikat Friendly Farms Sdn Bhd ini mengusahakan pembuatan keju Mozarella anak tempatan (Puan Yana), walaupun suami dia bukan orang 'sini', kira tempatan jugaklah tu.

Sebelum ini saya memang teruja membaca kisahnya di dada-dada akhbar dan internet. Namun sedikit malang, masa saya sampai ke lokasi, baru 30 minit selesai proses pembikinannya.

Meh kita tengok beberapa shoot di kawasan kejadian.







Boleh hubungi:
Puan Yana - 012 2400 395
Friendly Farms Sdn Bhd
Kg. Nyior Chabang, MukimBohor, Langkawi
friendlyfarmssdnbhd@yahoo.com

Jan 11, 2009

Mesin Soya

Salam buat semua,

Pada 'entry' kali ini saya nak tunjukkan mesin yang saya gunakan bagi memproses hasilan soyakita selama ini. Walaupun mesin pengisar biasa memang ada digunakan, tapi mesin ini lebih memudahkan. Kira 'heavy duty' jugak ni. Jenama Buffalo...



...Di kesempatan ini,marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di Palestin. Memberi kemenangan kepada Islam dan menghancurkan rejim Zionis dan semua musuh Islam. Amiin...

Wassalam

Jan 2, 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru

Salam buat semua,

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Meniti Lembaran Baru pada tahun baru ini.

Semoga apa yang kita semua usahakan akan membuahkan hasil yang diimpikan dan senantisa dirahmati oleh-Nya. InsyaAllah.

Sebarang cadangan dan komen membina amat dialu-alukan dan dihargai untuk kita kongsi bersama-sama.

Jumpa lagi nanti.

Wassalam