Jan 22, 2009

Kisah Sepetang Di Ladang Buffalo (Kobau)

Kali ini, saya ingin membawa kisah yang sedikit berbeza (mungkin jauh...) dari soyakita. Baru-baru ini (lebih tepat lagi isnin lalu - 19 Januari 2009), saya telah berpeluang mengunjungi Ladang Kobau di Langkawi. Lebih istimewa, Syarikat Friendly Farms Sdn Bhd ini mengusahakan pembuatan keju Mozarella anak tempatan (Puan Yana), walaupun suami dia bukan orang 'sini', kira tempatan jugaklah tu.

Sebelum ini saya memang teruja membaca kisahnya di dada-dada akhbar dan internet. Namun sedikit malang, masa saya sampai ke lokasi, baru 30 minit selesai proses pembikinannya.

Meh kita tengok beberapa shoot di kawasan kejadian.







Boleh hubungi:
Puan Yana - 012 2400 395
Friendly Farms Sdn Bhd
Kg. Nyior Chabang, MukimBohor, Langkawi
friendlyfarmssdnbhd@yahoo.com

Jan 11, 2009

Mesin Soya

Salam buat semua,

Pada 'entry' kali ini saya nak tunjukkan mesin yang saya gunakan bagi memproses hasilan soyakita selama ini. Walaupun mesin pengisar biasa memang ada digunakan, tapi mesin ini lebih memudahkan. Kira 'heavy duty' jugak ni. Jenama Buffalo...



...Di kesempatan ini,marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa semoga Allah melindungi saudara-saudara kita di Palestin. Memberi kemenangan kepada Islam dan menghancurkan rejim Zionis dan semua musuh Islam. Amiin...

Wassalam

Jan 2, 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru

Salam buat semua,

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Meniti Lembaran Baru pada tahun baru ini.

Semoga apa yang kita semua usahakan akan membuahkan hasil yang diimpikan dan senantisa dirahmati oleh-Nya. InsyaAllah.

Sebarang cadangan dan komen membina amat dialu-alukan dan dihargai untuk kita kongsi bersama-sama.

Jumpa lagi nanti.

Wassalam