Oct 30, 2009

PROJEK RAMADHAN DAN OLE-OLE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Salam,

Walaupun dah lepas, saya masukkan jugak kat sini.

Air soya, tempahan kawan-kawan di pejabat

Tauhu Sumbat untuk majlis buka puasa


Tauhufa mangga dengan nata de coco special untuk ole-ole rumah terbuka hari raya

SALAM BUAT SEMUA

Salam,

Pertamanya, mohon maaf kepada semua peminat soyakita kerana amat lama tidak memasukkan sebarang berita dan info di sini. Masalah teknikal(sebab kurang IT savvy) sebenarnya. Segala pertanyaan yang sekian lama diajukan juga tak terjawab lagi.

Insyaallah, mungkin di sini saya cuba kongsi apa yang saya tahu.

Bagi sahabat kita yang bertanya tentang lokasi Buffalo kat Kedah tu, saya sebelum ini ada ambil nombor service center dia, tapi terhilang la pulak. Nanti, saya cuba dapatkan balik ye.

Kalau di Bangi, Kedai Bahan Kek dan Peralatan Memasak tu, Yummie namanya. Kalau tak silap sebaris dengan Kedai Sukan Al-Ikhlsan dan berhadapan dengan Masjid Bandar Baru Bangi yang dekat lampu isyarat tu..

Memang mesin tu saiz tu jer. Kalau yang masa kami pergi kursus (dalam entri sebelum ni) yang tu besar sikit, tapi kecik-kecik cili api boelh guna jugak untuk mass pro (bagi skala pasar malam dan kecil-kecilan...Cuma gantikan dengan baldi. Saya pernah buat dulu, masa dapat tempahan air soya untuk dalam 40 liter.

Sekian untuk kali ni. Insyaallah, jumpa lagi nanti..

Wassalam